Friday, 27 February 2015

PENGENALAN


BENGKEL ILMU PERUBATAN ISLAM,PENGUBATAN QUR’ANI & RAWATAN PENYEMBUHAN HIKMAH ANUGERAH AGUNG

PENGENALAN
Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan.

Perubatan Islam merupakan satu kaedah perubatan cara Islam untuk merawat pesakit yang menghidap pesakit fizikal mahupun spiritual. Perubatan cara Islam menjadi lebih nyata dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir, doa-doa yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat; "Dan kami turunkan sebahagian dari al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-Isra ayat 18)

Kaedah yang digunakan untuk merawat pesakit mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kaedah rawatan yang terkenal di Malaysia yang diamalkan dalam kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru makhluk lain seperti jin untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau masalah itu.
Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah S.W.T. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan meminta pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Kaedah perubatan dengan menggunakan ayat-ayat al Quran atau ruqyah dalam bahasa arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak. Dan boleh juga menggunakan bacaan selain daripada ayat-ayat al Quran dengan apa jua bahasa tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan syarak. Yang terakhir, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnya adalah Allah SWT sahaja seperti dalam al Quran yang bermaksud; “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan pesakitku.” (Surah Ash-Syu’araa ayat 80). Segala kaedah merupakan wasilah kita sebagai perawat agar Allah menyembuhkan penyakit.

Kaedah pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha penyakit dalam mencari kesembuhan penyakit yang sedang dialami. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan moden. Malah ia juga bukanlah untuk rawatan penyakit yang berpunca dari makhluk halus semata-mata. Pengubatan Islam adalah satu kaedah yang berasaskan wahyu Ilahi yang diturunkan melalui al-Quran dan as-Sunnah. Ia juga bertemakan amalan as-Salafussoleh, Ahluz-Zikr dan pengalaman ahli perubatan Islam yang muktabar.

Perubatan Islam Medium Dakwah
Paradigma umum masyarakat tentang perubatan Islam lebih menjurus kepada rawatan berhubung gangguan makhluk halus berkaitan jin dan syaitan. Namun hakikatnya, perubatan Islam membawa suatu perspektif yang lebih luas lagi, bukan sekadar mencakupi pemahaman di atas. Tujuan utama perubatan Islam adalah atas dasar dakwah. Usaha dakwah yang ditunjangi oleh perubatan Islam ini cukup unik, kerana ia melibatkan dakwah terhadap dua alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib.

Dakwah Di Alam Nyata
              Dakwah di alam nyata melibatkan hubungan sesama manusia (hablum minannas). Melalui perubatan Islam akan terbina hubungan di antara perawat dan juga pesakit serta waris pesakit. Ini sebenarnya suatu agenda yang cukup besar yang jarang dipergunakan oleh para perawat kerana pertemuan yang dirancang oleh Allah S.W.T. merupakan suatu penyatuan ukhuwwah sesama insan. Ukhuwwah inilah yang menjadi titik tolak kepada berkembangnya usaha dakwah sesama ummah. Dasar sebegini yang akan mengukuhkan hubungan manusia dengan Allah S.W.T.(hablum minallah).

Setiap pesakit atau waris pesakit datang dengan pelbagai hajat serta membawa bersama sejuta harapan. Pesakit yang datang dengan perbezaan taraf ketaqwaan, pelbagai tahap latar belakang kehidupan. Maka ruang inilah yang seharusnya digunakan sebagai usaha dakwah kepada pesakit, dan pengukuhan diri perawat.

Dakwah kepada pesakit
§  Kefahaman konsep musibah dan ujian Allah S.W.T.
§  Kefahaman berkenaan falsafah rawatan Islam

Pengukuhan kepada perawat
§  Mendalami dan memperkukuh pengalaman merawat
§  Muhasabah berkenaan musibah yang dihadapi pesakit
§  Mempertingkat ilmu perubatan Islam

Allah s.w.t menegaskan hal ini melalui firman-Nya :
“Wajiblah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat. Maka itulah orang yang berjaya (bahagia).”(Surah al-Imran : 104)

Di dalam firman-Nya yang lain Allah S.W.T. menegaskan :
“Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (Surah at-Taubah : 71)
             
Konsep membina hubungan yang saya maksudkan adalah perawat perlu memberi ruang kepada pesakit dan warisnya untuk meluahkan masalah yang dihadapi agar perawat dapat menjiwai masalah pesakit di samping membolehkan perawat membuat diagnosis simptom-simptom gangguan dan permasalahan pada pesakit.
 Peranan perawat adalah membantu pesakit menyingkap hikmah yang tersirat di sebalik masalah yang tersurat agar ia dapat merasai kemanisan di sebalik ujian Allah S.W.T.

Dakwah Terhadap Jin
Suatu keistimewaan yang wujud menerusi medium perubatan Islam adalah adanya ruang bagi mentarbiah jin yang mengganggu manusia dan membuat kerosakan di bumi Allah ini. Usaha dakwah kepada golongan jin yang kufur kepada Allah, melakukan pelbagai bentuk kezaliman dan kemungkaran agar menyesali perbuatannya dan menuruti jalan yang diredhai Allah merupakan suatu usaha murni. Di antara manfaat besar melalui usaha ini adalah dengan mengIslamkan golongan jin ini.

“Barangsiapa yang mengIslamkan puak yang kafir pahalanya umpama langit dan bumi.”

Inilah ganjaran yang cukup besar yang kadangkala sukar diperolehi dalam mengIslami sesama manusia, namun berbeza dalam mentarbiah golongan jin.

Hikmah Membantu Di Sebalik Rawatan Islam
Orang yang sanggup membantu orang lain yang menghadapi kesusahan, akan diberikan ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak, dan diberi kemuliaan di dunia ini. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullullah S.A.W :

“Sesiapa yang menyejukkan mata seorang mukmin (menghilangkan kesusahannya), nescaya Allah akan menyejukkan matanya di Hari Kiamat.”

Sabda baginda lagi :
“Sesiapa yang melapangkan diri seorang mukmin yang sedang dalam kesusahan, atau menolong seorang mukmin yang teraniaya, nescaya ia akan diampunkan dosanya.”

“Sebaik-baik manusia ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia lain” (Hadis riwayat Thabrani)

“Seseorang Muslim itu menjadi saudara Muslim lainnya, kerana itu tidak diperbolehkan seorang Muslim menganiaya akan saudaranya, juga tidak boleh seorang Muslim menghina saudara Muslim yang lainnya. Dan sesiapa yang memberikan pertolongan (memenuhi hajat keperluan saudaranya), maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya. Dan sesiapa yang memberi kemudahan/memberikan kelapangan bagi kesusahan seseorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya pada hari kiamat”(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Allah S.W.T. menyeru agar sentiasa bantu-membantu dalam perkara kebaikan sebagaimana dimaktubkan dalam firman-Nya :

“Dan tolong-menolonglah kamu atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan” (Surah al-Maidah : 2)

Setiap perbuatan manusia di dunia ini akan dinilai oleh Allah S.W.T. Malah Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun sebagaimana firman-Nya :

“Sesiapa yang membuat kebaikan walau seberat zarah, nescaya Allah akan melihatnya, dan sesiapa yang membuat kejahatan walau sebesar zarah, nescaya Allah akan melihatnya juga” (Surah al-Zalzalah : 7 -8)

Sebagai umat yang terbaik sebagaimana yang diiktiraf oleh Allah S.W.T., konsep bantu-membantu dalam Perubatan Islam akan melahirkan insan yang bertaqwa, beraspirasi, berakhlak mulia serta mampu mencapai kesempurnaan hidup secara amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah melakukan kejahatan). Allah merakamkan perihal ini melalui firman-Nya dalam Surah al-Imran ayat 110:

“Kamu sekalian (umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh melakukan kebaikan dan melarang berbuat kejahatan”
       
Membantu seseorang yang dalam kesusahan, kesulitan, kerunsingan dan kesakitan adalah suatu kewajipan. Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tolong saudaramu baik yang dianiaya orang mahupun yang menganiaya” Sahabat bertanya: “Bagaimana cara kami menolong orang yang menganiaya?” Maka jawab Nabi:”Engkau cegah dia melakukan penganiayaan. Dan dengan demikian engkau sudah menolong orang yang menganiaya daripada terjerumus ke dalam dosanya”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Perawat perlulah menggunakan pendekatan berhikmah dalam melaksanakan dakwah menerusi Perubatan Islam sebagaimana firman Allah :  

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik” (Surah an-Nahl : 125)

Sekitar Energi dan Bagaimana Penyembuhan Spiritual Bekerja
Penyembuhan spiritual bukanlah merupakan proses yang misteri sama sekali, melainkan sangat luas dan terbuka, walaupun seringkali cukup kompleks. Teknik-teknik penyembuhan spiritual melibatkan medan energi yang terdapat di sekitar kita masing-masing. Setiap orang memiliki suatu medan energi atau suatu aura yang mengitari dan menembusi tubuh fisikal. Medan ini sangat erat berhubungan dengan kesihatan manusia.

Dalam budaya yang berbeza, energi dikenal dengan nama yang berbeza-beza. Kata ‘energi’ mengacu kepada :Ki dalam kebudayaan Jepun. Chi dalam kebudayaan Cina, Prana dalam kebudayaan Hindu, Qudra dalam kebudayaan Arab

Energi adalah nafas kehidupan yang dipancarkan kepada kita dari Yang Wujud, Yang Maha Perkasa dan Baqa, yang memelihara seluruh manusia beserta seluruh ciptaan-Nya. Energi yang mengatur pola fikir dan emosi kita adalah sumber dari kekuatan hidup kita dan merupakan faktor yang menggerakkan dalam seluruh mahkluk hidup. Ia berputar melalui tubuh kita dan dapat pula digunakan sebagai kekuatan untuk penyembuhan. Itulah yang merupakan sumber dari seluruh pergerakan di dunia ini. Bila tubuh manusia kehilangan nafas kehidupan ini, maka energi asal (atau kekuatan hidup) akan meninggalkannya, membiarkan tubuhnya untuk membusuk. Tubuhnya kembali ke asalnya yang bersifat bumi, dan rohnya kembali ke asal dari energi rohaniah yang bersifat malaikat. Energi ini tak pernah hilang dan tetap ada, tanpa rahasia dari sifat alamiahnya dimengerti oleh ilmu pengetahuan dan pengobatan moden (alopati).

Energi rohaniah yang tak diketahui ini berada di belakang kehidupan setiap titis darah dari mahkluk yang bergerak, pergerakan di balik setiap sel hidup, dan kekuatan penggerak dari gugusan-gugusan bintang dan galaksi-galaksi. Ia membawa kekuatan yang lengkap dan sempurna yang nyata, aktif dan berkesinambungan. Gerakan dari kekuatan ini adalah asli karena tak sesuatupun dapat tumbuh atau hidup di seluruh dunia ini tanpa luput dari pengaruhnya.

Hal ini terutama dapat diterapkan di bumi, di-tempat-tempat yang tidak ada pepohonan, rumput, sayuran dan benar-benar tak ada kehidupan yang dapat terwujud tanpa halangan dari energi yang tak nampak dan tak diketahui ini. Dengan energi inilah sebuah tanaman kecil, dapat menyeruak di tengah gurun pasir yang demikian luasnya. Kekuatan hidup rohaniah yang energetik ini memegang organ-organ pembuluh darah, dan seluruh bagian tubuh berada di tempatnya. Bila daya hidup tubuh menghilang, maka hubungan antara organ tubuh menjadi berubah dan terganggu, yang akan mengarah kepada kesakitan, disfungsi organ dan gangguan kesehatan secara menyeluruh.

Kekuatan hidup yang bersifat energi rohaniah tersebut menciptakan medan energi di sekitarnya seperti magnet yang di-charger (diberi muatan) dengan kuat atau elektrod. Kekuatan ini merefleksikan energinya melalui sekujur tubuh manusia dan menjadi kekuatan penggerak hidup di belakang seluruh aktiviti dan prosesnya. Kekuatan hidup tersebut tidak hanya memberikan energi kepada tubuh namun juga memberinya identiti. Seperti sebuah atom yang diberi ciri oleh susunan elektron-elektron, proton dan neutronnya—yang sekaligus merupakan komponen energinya - demikian pula kekuatan hidup rohaniah memberikan energi dan identiti pada jasadnya.

Energi penyembuhan spiritual beranalogi dengan air terjun. Bila sebuah air terjun disalurkan dengan cara yang tepat, maka kekuatannya dapat digunakan untuk menghasilkan energi dan memberikan penerangan. Demikian pula, bila aliran darah disalurkan dengan tepat melalui sistem yang seimbang maka kekuatan penggerak dari energi tersebut akan menguatkan energi dari organ-organ yang lemah.

Dalam organ-organ yang kekuatan hidupnya telah melemah dan berkurang, penyembuhan spiritual akan menambah dan mengaktifkan kekuatan-kekuatan vital ini. Teknik penyembuhan spiritual memungkinkan energi hidup untuk menyebar dengan cepat untuk mengaktifkan anggota yang sakit dan menyembuhkannya.

Fenomena yang sama juga terlihat dalam reaksi atom, di mana kekuatan yang dahsyat dibebaskan dari energi internal atom tersebut. Energi yang dihasilkan secara geometris meningkat, sejalan dengan atom yang diaktifkan dan berenergi menyebarkan energinya ke sekitarnya, membangun reaksi berantai dari pembebasan energi.

Prinsip yang sama dari reaksi atom tersebut digunakan oleh para penyembuh spiritual untuk memusatkan dan mengaktifkan kekuatan hidup yang terdapat dalam diri si pesakit. Mirip dengan cara yang digunakan ahli perubatan moden yang mengarahkan laser untuk menyembuhkan bahagian tubuh yang terserang, para penyembuh spiritual mengakses reaksi berantai serupa dari energi yang terdapat di dalam tubuh, menyalurkannya ke bahagian yang terserang untuk menyembuhkan sakit dan penderitaan. Bila satu organ mulai sembuh, yang lainnya mengunakan energi yang dibebaskan untuk mengaktifkan dan membebaskan energi dalamnya, yang pada gilirannya akan membangun keseimbangan fisiologi dan bebas dari rasa sakit

Tiga Fasa Penyembuhan Spiritual
Gaya Universal--atau energi kosmik--meliputi energi-energi dari planet-planet, bintang-bintang, serta galaksi-galaksi, dan apapun yang berada di sekitar kita yang membangkitkan medan energi. Gaya yang menyebar ke seluruh bahagian yang sangat luas ini memelihara jiwa kita, roh dan energi dalam dari masing-masing individu dan dalam setiap makhluk hidup. Melalui proses perenungan dari penyembuhan spiritual, seseorang dapat mengakses energi penggerak yang terdapat dalam setiap sel di dalam tubuh.
Energi tersebut disalurkan ke korteks otak, yang merupakan pusat proses dari pikiran kita. Dari sana akan difokuskan dan disalurkan secara intens di dalam inti batang otak, yang diaktikan dan dirangsang dengan kekuatan hidup yang sudah terfokus . Pada gilirannya, impuls dikirimkan ke sistem syaraf otonom, mengatur fungsi tubuh, memeliharanya dalam keseimbangan, dan bebas dari rasa sakit. Konsentrasi energi di dalam otak menyusun fasa pertama dari penyembuhan spiritual.
Proses ini pada gilirannya nanti akan merangsang syaraf vagus untuk mengirimkan impuls listrik ke sistem jantung ke simpul sinoatrial, melalui saluran antar simpul, melalui simpul atrioventrikular, menuruni Bundles of His, lalu keluar dari serat Purkinje, lalu ke dalam dinding miokardial untuk memulai sistol. Perpindahan energi yang mengisi jantung ini adalah fasa kedua dari penyembuhan Spiritual. Keadaan-keadaan seperti sakit dada kerana kurangnya bekalan darah ke jantung, kegagalan jantung , cardiomiopathy dan tekanan darah tinggi, sebagai tambahan dari banyak penyakit jantung yang berkaitan dengannya, disembuhkan dan pesakit kemudian dapat sihat kembali dan terbebas dari rasa sakit.
Energinya kemudian di pamkan bersamaan dengan darah keluar dari jantung melalui sistem vascular dan dikirimkan ke seluruh tubuh dalam fasa ketiga dari penyembuhan spiritual. Fokus utama dari fasa ketiga ini adalah aorta, yang merupakan saluran bagi gelombang energi yang menyembuhkan yang dibawa oleh darah.
Seiring dengan mengalirnya darah dari jantung, mula-mula dia dialirkan balik ke jantung melalui pembuluh-pembuluh arteri koroner dalam suatu reaksi rantai yang berkesinambungan dan meningkatkan energi di dalam jantung itu sendiri, dengan cara yang mirip dengan matahari meningkatkan cahayanya melalui reaksi intinya sendiri. Siklus ini menghasilkan energi lebih dan lebih banyak lagi, yang dituangkan keluar sistem vaskular dengan titik-titik fokus pada arteri-arteri utama, membekali otak melalui arteri karotid. Ia juga berjalan melalui arteri-arteri subclavian menuju ujung-ujung bagian atas, sirkulasi splanchnic menuju perut, melalui arteri-arteri renal menuju ginjal, dan melalui pembuluh-pembuluh pinggul menuju ke hujung-hujung bahagian bawah.
Volume titisan darah yang besar bagaikan air terjun yang terjadi dari sungai yang amat besar menuruni sisi jurang dari sebuah gunung yang tinggi. Seluruh tumbuhan dan binatang di sekitar daerah aliran airnya menjadi terawat dan terhidup dengan baik, dan setiap sel di dalam tubuh tersembuhkan ketika gelombang energi rohaniah vital mencapainya.
Sebuah jantung yang sihat akan menguatkan tubuh yang lemah, namun bila jantungnya lemah dan berpenyakit--walaupun dalam tubuh orang yang masih muda--tubuh tak akan sihat dan berusia panjang. Kerana itu, memelihara jantung menjadi prioriti pertama bagi para penyembuh spiritual. Lebih jauh lagi, memelihara otak juga merupakan prioriti penting lainnya untuk menjaga aliran arahan dari otak agar berfungsi dengan semestinya.
Tubuh kita dan segala benda-benda, air yang kita teguk dan udara yang kita hirup, segala yang kita lihat sentuh dan rasakan, padat cair dan gas, semuanya terbangun dari atom-atom. Kita semua sudah tahu itu. Meski atom bukanlah elemen terkecil dari benda-benda, sebagaimana telah ditunjukkan oleh para ahli fisika kuantum, mari kita batasi perjalanan kita hanya sampai di atom ini. Inti atom (nucleus) merupakan pusat atom. Seberapa besar inti atom ini? Jika kita perbesar ukuran sebiji atom menjadi sebesar bola berdiameter 200 meter, maka besarnya inti atom adalah sebesar sebutir debu di pusatnya.
Hebatnya, sebutir debu ini membawa 99,95% massa atom seluruhnya yang dipadatkan oleh strong nuclear force ke dalam partikel proton. Sementara elektron-elektron sangatlah ringan dan bergerak mengelilingi proton pada jarak yang jauh sekali. Seberapa jauh? Jika kita perbesar ukuran elektron menjadi sebesar biji kelereng, maka jarak antara elektron ini ke inti atom adalah sejauh satu kilometer! Ada apa di antara elektron dengan proton? Tidak ada apa-apa. Hanya ruang kosong semata sepanjang jarak satu kilometer itu!

Sebutir garam terdiri dari banyak sekali atom. Jika kita mampu menghitung satu bilion atom dalam sesaat, maka kita memerlukan lebih daripada lima ratus tahun untuk mengira jumlah seluruh atom di dalam sebutir garam saja! Atom-atom itu secara rapi membina wujud sebutir garam. Dan di dalamnya terbentang ruang kosong di antara atom-atomnya. Sebagaimana samudera. Sebutir garam mewujud di dalamnya. Ia "berenang" dan meng-ada di dalamnya. Juga kita dan semua benda-benda.
Wujud kita sejatinya selalu berada di dalam samudera ruang kosong .... di dalam samudera atomis gaya-gaya .... di dalam samudera kehendakNya (Bahr al-Qudrah) ...